Artis terpalit tarik pelabur

KUALA LUMPUR: Penganjuran konsert membabitkan artis popular tanah air antara taktik licik Ustaz Harun atau Harun Mat Saat untuk menarik orang ramai melabur dalam skim cepat kaya dianjurkan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd (Dina Group).

Simpan mayat dalam stor

SUNGAI SIPUT: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan mati dipercayai akibat didera ibu bapanya yang sakit mental sebelum mayatnya ditemui di dalam stor, penuh kesan luka dan lebam pada tubuh dan dibalut dengan kain batik berwarna merah. Mayat bayi itu ditemui bapa saudaranya di rumah sewa dihuni pasangan berkenaan di Taman Muhibbah di sini, kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin. Ketika mayat bayi itu ditemui, ibu bapanya tanpa reaksi sedih memberi alasan mereka tidak tahu anak mereka sudah mati dan memberitahu bayi itu ‘disimpan’ selepas didapati tidak bergerak sejak jam 11 pagi kelmarin

‘Saya sayang dia’

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peribadi Benjy didakwa memberi keterangan tidak konsisten di Mahkamah Majistret di sini, semalam dalam perbicaraan membabitkan pelakon itu yang didakwa memiliki dadah jenis syabu, tahun lalu. Afifi Hamid, 25, didakwa memberi keterangan bercanggah dengan keterangan diberikannya kepada polis berhubung siasatan kes itu tahun lalu. Terdahulu Afifi yang kini bekerja sebagai pereka hiasan dalaman dalam keterangannya ketika disoal balas peguam bela yang mewakili Benjy, Amer Hamzah Arshad mendakwa selain dia dan Benjy, 33, yang mendiami unit Kondominium Vista Mutiara, Kepong, wujud dua individu lain di kediaman berkenaan.

Pemandu treler maut rempuh lori kontena

Pemandu treler maut rempuh lori kontena Pemandu treler maut rempuh lori kontena 31/05/2011 12:08pm IPOH – Seorang pemandu treler terbunuh selepas kenderaan itu merempuh belakang sebuah lori kontena di Km 297.7 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gopeng di sini hari ini. Dalam kejadian pada 5 pagi tadi, Musarang Dusok, 42, dari Batu Karang, Selangor, mati di tempat kejadian, kata Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh. Nahas berlaku ketika treler yang dipandu Musarang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur.

APMM temui mayat lelaki dilapor hilang

APMM temui mayat lelaki dilapor hilang APMM temui mayat lelaki dilapor hilang 31/05/2011 12:15pm TAWAU – Mayat seorang lelaki, yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut pada 28 Mei lalu, ditemui terapung oleh anggota Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (APMM) di kawasan perairan kuala Sungai Merotai pukul 3.40 petang semalam.

Puad nafi laporan 80,000 guru Semenanjung ke Sarawak

Puad nafi laporan 80,000 guru Semenanjung ke Sarawak Puad nafi laporan 80,000 guru Semenanjung ke Sarawak 30/05/2011 6:37pm PETALING JAYA 30 Mei – Kementerian Pelajaran hari ini menafikan laporan kononnya ia akan menghantar sekitar 80,000 guru dari Semenanjung ke Sarawak tahun depan. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr

Vietnam larang polis pakai cermin mata gelap dan merokok

Vietnam larang polis pakai cermin mata gelap dan merokok Vietnam larang polis pakai cermin mata gelap dan merokok 30/05/2011 6:51pm HANOI 30 Mei – Vietnam melarang anggota polis daripada memakai cermin mata gelap, merokok, minum alkohol dan membuat panggilan peribadi ketika bertugas. Arahan itu dikeluarkan oleh Kementerian Keselamatan Awam dan turut melarang anggota polis daripada berbual-bual, membaca buku dan surat khabar ketika bertugas. Akhbar tempatan, Tuoi Tre melaporkan arahan itu adalah berikutan klip video yang dimuat ke dalam Internet menunjukkan pegawai trafik memakai cermin mata gelap, menghisap rokok dan menerima rasuah

Kawasan terlindung jalur lebar akan dipetakan – Rais

Kawasan terlindung jalur lebar akan dipetakan – Rais Kawasan terlindung jalur lebar akan dipetakan – Rais 30/05/2011 7:24pm REMBAU 30 Mei – Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang membuat pemetaan kawasan-kawasan yang terlindung daripada penembusan jalur lebar. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, bagi negeri di pantai barat Semenanjung, usaha itu sudah separuh telah siap terutama bagi kawasan yang terputus-putus panggilan.

Insentif untuk pengusaha restoran kurangkan pencemaran

Insentif untuk pengusaha restoran kurangkan pencemaran Insentif untuk pengusaha restoran kurangkan pencemaran 30/05/2011 7:33pm SEREMBAN 30 Mei – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mewujudkan insentif kepada premis makanan dan restoran yang mengurangkan pencemaran hasil daripada sisa minyak masak yang dibuang dan disalurkan ke saliran dan longkang. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung mengenai kemungkinan menggunakan sisa minyak masak terpakai untuk menghasilkan minyak biodiesel berkarbon rendah dan sesuai digunakan untuk kenderaan berenjin diesel. “Biodiesel ini memang baik untuk kita gunakan bagi kereta yang pakai diesel,” katanya kepada pemberita dalam lawatan ke kilang Arena Technology Sendirian Berhad (AATSB) iaitu anak syarikat Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman di sini

Himpunan Belia Putrajaya adalah program kerajaan – Khairy

Himpunan Belia Putrajaya adalah program kerajaan – Khairy Himpunan Belia Putrajaya adalah program kerajaan – Khairy 30/05/2011 8:38pm REMBAU 30 Mei – Program himpunan Belia Putrajaya 2011 di Putrajaya hujung minggu lepas bukan program penyalahgunaan wang rakyat, kata Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin.

Keharmonian, kepelbagaian landasan Malaysia terus maju

Keharmonian, kepelbagaian landasan Malaysia terus maju Keharmonian, kepelbagaian landasan Malaysia terus maju 30/05/2011 10:30pm KUALA LUMPUR 30 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keharmonian dalam kepelbagaian yang menjadi pegangan rakyat di negara ini menyediakan landasan kukuh bagi Malaysia untuk mengorak langkah lebih jauh ke hadapan sebagai sebuah negara bangsa yang maju dan bersatu padu. Dalam perutusan khasnya hari ini sempena sambutan perayaan Tadau Keaamatan dan Hari Gawai, Muhyiddin berkata, beliau yakin dengan kesediaan seluruh rakyat Malaysia untuk menghormati kepelbagaian agama, bahasa dan budaya yang ada di negara ini, Malaysia akan kekal berdiri megah sebagai sebuah negara yang aman, makmur dan harmoni.

Harga gas asli di Malaysia lebih murah berbanding jiran

Harga gas asli di Malaysia lebih murah berbanding jiran Harga gas asli di Malaysia lebih murah berbanding jiran 30/05/2011 10:41pm PUTRAJAYA 30 Mei – Harga gas asli di Malaysia masih lagi murah berbanding negara-negara jiran meskipun dengan kenaikan hari ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. “Malah sebelum ataupun selepas kenaikan, harga Malaysia masih lagi murah jika dibandingkan dengan Thailand (RM18.23), Indonesia (RM21.04), Singapura (RM43.32) dan Vietnam (RM18.70),” kata beliau. Nor Mohamed berkata demikian selepas mengumumkan kenaikan harga gas asli daripada RM10.70 setiap juta unit termal British (MMBtu) kepada RM13.70 setiap MMBtu seiring dengan kenaikan harga tenaga global

Inflasi dijangka naik 0.27 peratus susulan kenaikan

Inflasi dijangka naik 0.27 peratus susulan kenaikan Inflasi dijangka naik 0.27 peratus susulan kenaikan 30/05/2011 10:43pm KUALA LUMPUR 30 Mei – Kerajaan menjangka inflasi meningkat 0.27 peratus berikutan kenaikan tarif tenaga yang diumumkan hari ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. “Ini (kenaikan) merupakan suku daripada satu peratus,” kata beliau pada sidang akhbar bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui di sini

TNB unjur pendapatan lebih rendah meskipun tarif baru

TNB unjur pendapatan lebih rendah meskipun tarif baru TNB unjur pendapatan lebih rendah meskipun tarif baru 30/05/2011 10:47pm KUALA LUMPUR 30 Mei – Tenaga Nasional Bhd (TNB) dijangka menyaksikan perbelanjaan bagi gas meningkat sebanyak kira-kira RM1.5 bilion setahun berikutan kenaikan dalam harga gas asli. Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, kenaikan dalam harga gas asli akan berdasarkan kepada mekanisme penetapan harga gas, di mana harga akan disemak setiap enam bulan seiring dengan trend harga pasaran

Pembantu rumah Indonesia dihantar dalam 2 minggu

Pembantu rumah Indonesia dihantar dalam 2 minggu Pembantu rumah Indonesia dihantar dalam 2 minggu 30/05/2011 10:50pm BANDUNG 30 Mei – Malaysia dan Indonesia akhirnya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) baru mengenai pengambilan pembantu rumah Indonesia setelah lebih setahun berbincang. Perbincangan itu bagi memperkemas pengurusan penghantaran dan perlindungan terhadap pekerja dan majikan selepas Indonesia melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah dari republik itu ke Malaysia kira-kira dua tahun lalu.

Serah memorandum gesa tukar YDP

Serah memorandum gesa tukar YDP Serah memorandum gesa tukar YDP 30/05/2011 5:18pm ALOR SETAR – Sekumpulan 17 ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membantah tindakan Yang Dipertua MPSP, Rozaina Radzi dan setiausaha majlis itu, Radzuan Osman, merobohkan gerai-gerai di Jalan Cinta Sayang di bandar itu. Sambil meminta supaya kedua-duanya ditukarkan ke jabatan lain, seorang Ahli Majlis MPSP, Ishak Man berkata, keputusan merobohkan gerai-gerai itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat majlis MPSP. – Bernama

Syarikat kereta diarah kembalikan deposit

Syarikat kereta diarah kembalikan deposit Syarikat kereta diarah kembalikan deposit 30/05/2011 5:43pm KANGAR – Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) hari ini mengarahkan sebuah syarikat jualan kereta mengembalikan deposit pembelian kereta kepada seorang peniaga dan seorang juruelektrik yang membatalkan pembelian kenderaan dengan syarikat itu. Presiden TTPM, Pretam Singh a/l Darshan Singh mengeluarkan perintah itu kepada Laytac Auto Sdn Bhd setelah mendengar tuntutan yang dibuat seorang peniaga, Shabaren Shafeei, 33, dan seorang juruelektrik Md Surizan Md Salleh, 31, di sini hari ini. TTPM mengarahkan pembayaran balik deposit pembelian kereta Viva 850 sebanyak RM500 seorang itu dilakukan dalam tempoh 14 hari

"Total Policing" kurangkan jenayah KL

“Total Policing” kurangkan jenayah KL “Total Policing” kurangkan jenayah KL 30/05/2011 5:44pm KUALA LUMPUR – Pelaksanaan konsep dipanggil “total policing”, satu pendekatan tradisional dengan menonjol kehadiran polis di merata tempat yang diamalkan oleh polis Kuala Lumpur, ternyata berjaya mengurangkan kegiatan jenayah di bandar raya itu. Datuk Zulkifli Abdullah, Ketua Polis Kuala Lumpur yang baru dilantik Pengarah Jabatan Logistik Polis Diraja Malaysia, berkata konsep yang diperkenalkan awal tahun ini melalui pelan strategik Polis KL 2011, telah berjaya mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap berlakunya jenayah. “Dalam konsep itu kita mahu menampakkan kehadiran polis dengan adanya rondaan, bit, patrol, menitik beratkan sumber maklumat, berkolaborasi dengan agensi lain selain dari masyarakat, bagi menjadikan KL terus selamat dan kebimbangan kepada jenayah dapat dikurangkan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perpisahan dan Majlis Serah Tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini

1,000 sukarelawan baru PBSM setahun

1,000 sukarelawan baru PBSM setahun 1,000 sukarelawan baru PBSM setahun 30/05/2011 5:45pm BACHOK – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) menyasarkan pertambahan 1,000 anggota sukarelawan baru setiap tahun bagi menghulurkan bantuan ketika berhadapan dengan malapetaka dalam dan luar negara.

Kembara Belia atasi masalah rempit

Kembara Belia atasi masalah rempit Kembara Belia atasi masalah rempit 30/05/2011 5:48pm KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mengadakan Program Kembara Belia Terengganu 2011 selama empat hari bermula 15 Jun depan dalam usaha untuk mengatasi gejala rempit di negeri ini.