334 firma urus proses daftar biometrik PATI

Nasional Caj RM35 jika warga asing guna syarikat pengurus KUALA LUMPUR: Kerajaan melantik 334 syarikat untuk mengurus proses pendaftaran biometrik pendatang tanpa izin (PATI) yang memasuki Malaysia secara haram, tinggal melebihi tempoh, melanggar syarat permit kerja dan memiliki pasport tidak sah dengan caj tidak melebihi RM35, bermula hari ini. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad, berkata caj itu hanya dikenakan kepada PATI yang mengguna khidmat syarikat pengurus dan tidak dikenakan bayaran jika menguruskan sendiri proses pendaftaran dengan Jabatan Imigresen.

‘Teroka tempat pelancongan baru’

Nasional NAJIB bersama (dari kanan) Nur Jazlan, Adnan dan Ketua Bahagian UDA Leisure, Syed Ahmad Nazri Syed Kamaruzaman (kiri) melihat replika Resort 4 Bintang selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Resort 4 Bintang, semalam. PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, pengusaha industri pelancongan negara perlu meneroka tempat baru yang dilihat berpotensi besar dan tidak semestinya bertumpu di kawasan yang sudah dibangunkan. Perdana Menteri berkata, kawasan baru perlu diteroka dan dieksploitasikan sepenuhnya bagi memajukan industri pelancongan negara.

Kaji rakyat di luar negara undi serentak pilihan raya

Nasional Tiada peruntukan Perlembagaan buang undi dari seberang laut KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji beberapa mekanisme bagi membolehkan rakyat dan pelajar Malaysia yang berada di luar negara mengundi pada pilihan raya, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, pada masa ini tidak ada peruntukan di bawah Perlembagaan atau undang-undang sedia ada membenarkan mereka berbuat demikian

Jadilah pahlawan

MukaDepan Seri Paduka titah rakyat tingkat kesetiaan, sedia berkorban demi negara KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam mengajak rakyat bersama-sama dalam semangat 1Malaysia, meningkatkan lagi semangat kepahlawanan, patriotisme, kesetiaan, kecintaan dan kesediaan untuk berkorban demi negara. Berucap pada sambutan Hari Pahlawan 2011 di Dataran Merdeka, di sini baginda bertitah, semangat sanggup berkorban demi negara di kalangan rakyat perlu dipupuk dan disemarakkan sepanjang masa untuk kesejahteraan rakyat. “Keamanan, kestabilan dan kesejahteraan yang negara nikmati hari ini, tidak dapat kita capai tanpa pengorbanan pejuang dan pahlawan negara.

Sebak rakan mati depan mata

Nasional Pesara komando sukar lupa kawan terkorban terpijak jerangkap samar IPOH: “Setiap kali terkenangkan peristiwa pertempuran dengan pengganas komunis pada 3 September 1975, hati saya sebak mengenangkan pemergian rakan seperjuangan yang juga Ketua Platun Komando 69 Pasukan Gerakan Khas, Asisten Superintendan Mohd Zabri Abdul Hamid yang gugur dalam pertempuran itu. “Manakan tidak, rakan saya itu meninggal dunia di depan mata sendiri selepas terpijak jerangkap samar yang dipasang musuh.

Persatuan sambut baik imbuhan RM1,000

Nasional SHAH ALAM: Pemimpin persatuan bekas tentera dan polis di Selangor menyambut baik pemberian imbuhan RM1,000 sebulan kepada penerima Pingat Tentera Udara (PTU) dan Pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP) seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin sempena Hari Pahlawan yang disambut, semalam. Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Negeri Selangor, Mohd Din Husnin, berkata pemberian imbuhan itu secara tidak langsung dapat menghargai jasa dan sumbangan wira-wira yang pernah berjuang mempertahankan keselamatan negara.

Kematian Ashraf disiasat

Nasional Mohd Ashraf Hafiz Laporan bedah tentukan punca sebenar elak spekulasi KUALA TERENGGANU: Keputusan bedah siasat punca kematian Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, lelaki yang gagal dalam permohonan menukar nama dan status jantinannya dalam MyKad, awal pagi kelmarin mungkin diklasifikasikan sebagai kes yang perlu dibuat rujukan dan penilaian perundangan. Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Terengganu belum menerima laporan hasil bedah siasat dibuat ke atas mayat Mohd Asyraf Hafiz di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ) kelmarin. Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nordiyanah Hassan, berkata banyak perkara perlu dibuat penelitian untuk menentukan punca sebenar kematian Mohd Ashraf

Dawama arah cuti tanpa gaji

Nasional 400 pekerja diberi surat Jumaat lalu KUALA LUMPUR: Selepas kegagalan menerbitkan buku teks sekolah rendah berikutan masalah kewangan, krisis Dawama Sdn Bhd semakin memuncak apabila lebih 400 kakitangannya diberikan cuti tanpa gaji berkuat kuasa hari ini. Malah, syarikat konsesi penerbitan dan pengedaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu masih gagal melunaskan hutang kepada kakitangannya berikutan kegagalan membayar pinjaman peribadi kakitangan kepada pihak bank walaupun potongan gaji dilakukan.

Syed Ahmad Jamal selamat dikebumi

Nasional Keluarga harap cadangan Allahyarham dilaksana GOMBAK: Seniman Negara, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal, yang menghembuskan nafas terakhir, malam kelmarin di rumahnya akibat keuzuran, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira-kira jam 11.30 pagi, di sini, semalam. Pemergian Allahyarham yang juga pelopor aliran ekspresionisme abstrak di Malaysia, turut diberikan penghormatan terakhir oleh Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara, (BSLN) Datuk Mohd Yusof Ahmad dan Pengarah RA Fine Arts Gallery, Raja Ahmad Aminullah. Allahyarham yang pernah menyandang jawatan Pengarah BSLN pada 1983 hingga 1991, meninggalkan seorang balu, Datin Hamidah Mohd Noor, 69 bersama dua anak, Syed Nabil Syed Ahmad, 39 dan Syed Nurl Haq Syed Ahmad, 35

Eksklusif: Penempatan purba ditemui

Nasional Penemuan artifak lengkap bukti wujud kediaman awal manusia di Bukit Tunggal KUALA PILAH: Sebuah penempatan purba dipercayai antara yang lengkap di negeri ini ditemui di kawasan hutan Bukit Tunggal, berhampiran bandar diraja Seri Menanti dekat sini, dengan antara artifak ditemui termasuk tapak kaki manusia dan batu giling pada batu. Berbeza dengan artifak sedia ada yang agak terhad di negeri ini seperti batu megalith, penempatan ini lengkap dengan pelbagai artifak yang dibuat menggunakan batu sungai di situ

Buta angkara penonton

KUALA LUMPUR: Semangat membara seorang peminat bola sepak negara memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu berakhir tragedi apabila dia disahkan doktor buta mata kanan akibat terkena mercun yang dilempar penonton tidak bertanggungjawab. Ahmad Jazimin Jalaluddin, 29, mengalami kecederaan parah pada bebola mata kanannya yang rosak akibat terkena serpihan mercun yang dilemparkan sejurus puluhan ribu penyokong tamat menyanyikan lagu Negaraku sebelum perlawanan dimulakan kira-kira jam 8.40 malam.

JKSB diminta timbang pampasan RM13.7 juta

Wilayah JOHARI (kanan) meninjau kawasan penangkapan ikan di Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Peniaga digesa jaga kebersihan

Wilayah Penjaja Bazar Ramadan ingkar boleh dikenakan tindakan disenarai hitam KUALA LUMPUR: Peniaga yang berniaga di Bazar Ramadan di sekitar bandaraya diminta bekerjasama menjaga kebersihan di tapak perniagaan masing-masing dan tidak hanya meletakkan tanggungjawab itu kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik (kanan), berkata dalam soal kebersihan, peniaga juga mempunyai tanggungjawab dan mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan termasuk disenaraihitamkan untuk mendapat lesen perniagaan di bazar berkenaan pada masa depan.

SAR Taman Tualang Indah daif

Wilayah MURID terpaksa menggunakan meja yang uzur akibat kegiatan vandalisme di SAR Taman Tualang Indah. TEMERLOH: Punah. Ungkapan tepat selepas melihatkan pelbagai kemudahan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Tualang Indah, dekat sini dirosakkan berikutan gejala vandalisme yang dilakukan golongan tidak bertanggungjawab.

Malaysia dijadikan pusat rujukan dalam industri halal – PM

Malaysia dijadikan pusat rujukan dalam industri halal – PM 31/07/2011 7:00pm KUANTAN 31 Julai – Malaysia dijadikan pusat rujukan oleh kebanyakan negara dalam pembangunan industri halal kerana negara telah mendahului negara-negara lain daripada segi penglibatannya dalam industri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anifah ziarah pelajar Malaysia cedera di hospital Melbourne

Anifah ziarah pelajar Malaysia cedera di hospital Melbourne 31/07/2011 7:08pm MELBOURNE 31 Julai – Seorang penuntut Malaysia yang cedera akibat kemalangan jalan raya pada 14 Julai, terkejut bercampur gembira hari ini apabila dia dikunjungi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di sebuah hospital di sini hari ini. Wan Hafizu Nazrin Wan Lofti bersama tujuh penuntut Malaysia yang lain cedera apabila van yang mereka naiki hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bersiar-siar untuk melihat penguin di Phillip Island dekat sini

Lanjut tempoh daftar: Bukan makna tunduk kepada majikan

Lanjut tempoh daftar: Bukan makna tunduk kepada majikan 31/07/2011 7:11pm KLUANG 31 Julai – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah melanjutkan tempoh pendaftaran pekerja asing bukan bermakna kerajaan tunduk kepada desakan pihak majikan. Sebaliknya, beliau berkata, tindakan itu dilakukan kerana kerajaan mahu melihat keputusan terbaik hasil pelaksanaan pendaftaran tersebut. “Bukan tempoh yang menjadi pertimbangan, sebaliknya penyelesaian kerana saya sudah kata kita buat biometrik kerana dunia globalisasi membawa ancaman yang sangat dahsyat, termasuk keganasan, penyeludupan senjata…

MIC bantah keahlian penuh bagi parti serpihan kaum India

MIC bantah keahlian penuh bagi parti serpihan kaum India 31/07/2011 7:58pm PUTRAJAYA 31 Julai – Parti politik berasaskan kaum India di negara ini boleh menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai ahli gabungan atau bersekutu sahaja dan tidak sebagai parti komponen, kata Presiden MIC, Datuk G. Palanivel

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok, 1 Ogos

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok, 1 Ogos 31/07/2011 8:37pm KUALA LUMPUR 31 Julai – Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok.

Perlumbaan kereta F1: Button muncul juara di GP Hungary

Perlumbaan kereta F1: Button muncul juara di GP Hungary 31/07/2011 11:03pm BUDAPEST 31 Julai – Pelumba McLaren, Jenson Button mencatat perlumbaan yang ke-200 dengan melakar kemenangan pada Grand Prix (GP) Hungary di sini, hari ini. Pemandu Britain berusia 31 tahun itu mengatasi pendahulu kejuaraan, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull, manakala Fernando Alonso dari Ferrari di tempat ketiga.