15 rumah terbakar, tiada kecederaan

15 rumah terbakar, tiada kecederaan 31/08/2011 5:00pm SANDAKAN – Kegembiraan menyambut Aidilfitri bagi 45 keluarga bertukar sedih apabila rumah mereka di Kampung Muhibah Batu 2 dekat sini musnah terbakar hari ini. Kebakaran pada kira-kira pukul 12 tengah hari itu memusnahkan 15 buah rumah

Gempar: Ular sawa ditemui dalam kolam

Gempar: Ular sawa ditemui dalam kolam 31/08/2011 5:51pm SEREMBAN – Pengunjung sebuah kolam renang yang sedang seronok bermandi manda tergempar apabila mendapati seekor ular sawa batik sepanjang empat meter turut berendam bersama mereka dalam satu kejadian di Kelab Rekreasi Sungai Ujong di sini, semalam. Menurut seorang ahli kelab, Chong Kok Kiong, 50-an, dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, terdapat lapan orang termasuk kanak-kanak sedang bermandi manda dalam kolam sedalam antara 1.2 hingga 3.04 meter

Beng Hock: Laporan penuh diserahkan kepada Agong

Beng Hock: Laporan penuh diserahkan kepada Agong Beng Hock: Laporan penuh diserahkan kepada Agong 22/06/2011 1:05pm KUALA LUMPUR 22 Jun – Pengerusi Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock, Tan Sri James Foong hari ini memaklumkan bahawa laporan penuh prosiding tersebut termasuk cadangan ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi tadi. Sesalinan laporan setebal 124 muka surat itu juga akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini

PM: Jangan lupa perjuangan pemimpin terdahulu

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak melupakan perjuangan pemimpin terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia dari penjajah. Beliau berkata, walaupun umat Islam masih dalam suasana keriangan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang masuk hari kedua hari ini, tetapi mengingatkan supaya jangan sekali-kali melupakan perjuangan pemimpin yang pernah berjuang untuk mencapai kemerdekaan negara.

Presiden S’pura SR Nathan akhiri tempoh jawatan

Presiden Singapura yang paling lama berkhidmat, Sellapan Ramanathan, bertugas buat kali terakhir hari ini selepas 12 tahun memegang jawatan itu. Beliau yang lebih dikenali sebagai SR Nathan, 87, mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Singapura yang keenam pada 1 Sept, 1999 apabila memenangi jawatan itu tanpa bertanding

MIC kurangkan hukuman terhadap dua pemimpin parti

Kepimpinan pusat MIC telah memendekkan tempoh hukuman yang dikenakan terhadap dua pemimpin atas kesalahan melanggar disiplin parti itu. Parti itu telah mengurangkan tempoh penggantungan setiausaha Pemuda MIC C Sivarraajh selama 12 bulan kepada empat bulan dan mengambil semula bekas pengerusi MIC bahagian Bagan, Datuk Hendry Benedict yang dipecat sebelum ini

PAS ucap takziah kepada keluarga Hasan Ahmad

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Hasan Ahmad yang meninggal dunia petang tadi. “Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pimpinan dan ahli-ahli seluruhnya, saya mengucapkan takziah terhadap keluarga Almarhum Datuk Dr Hasan Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah petang tadi,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan kepada Harakahdaily

Ong pertahankan kenyataan ‘Cina dipinggirkan’

Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini mengesahkan beliau ada memaklumkan kepada diplomat Amerika Syarikat bahawa masyarakat Cina di negara ini berpendapat mereka dipinggirkan tetapi menegaskan beliau hanya menyampaikan sentimen masyarakat itu. “Saya tegaskan bahawa komen-komen saya itu sebahagian besarnya berdasarkan pemerhatian dan penilaian saya berhubung sentimen dan persepsi masyarakat Cina susulan kenyataan (Menteri Mentor) Lee Kuan Yew dari Singapura bahawa orang Cina di negara ini dipinggirkan,” katanya

Sambut merdeka macam sambut ulang tahun Umno

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Kesan daripada kerajaan menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran Umno, maka rakyat begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara. “Bukan rakyat tidak patriotik, tetapi rakyat mual dengan Umno. “Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan Umno sahaja,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad

Dakwat kekal tidak jamin pilihan raya bersih

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda tidak menjamin pilihan raya yang bersih dan adil selagi daftar pemilih tidak dibersihkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. “Bersihkan daftar pemilih dahulu selepas itu baru laksanakan penggunaan dakwat kekal dan apa sistem sekalipun untuk memperbaiki sistem pilihan raya negara ini.

Muhyiddin seru Mat Sabu berpegang kepada taqwa

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu perlu balik ke landasan yang betul dan berpegang kepada prinsip taqwa. Sebagai seorang pemimpin Islam, beliau berkata Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu patut selalu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan sentiasa bercakap benar

Selepas 50 tahun, S’pura serah kemudahan loji air

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menyaksikan majlis penyerahan kemudahan loji rawatan air dan rumah pam secara rasmi oleh Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB) kepada kerajaan negeri Johor. Majlis menandatangani penyerahan dua loji rawatan air dan dua rumah pam milik PUB disempurnakan secara bersama oleh Pengerusi PUB, Tan Gee Paw dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Obet Tawil di Loji Air Gunung Pulai di Johor Baharu. Turut hadir pada majlis bersejarah itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Dr Vivian Balakrishnan

Wikileaks: Kabel Amerika papar Taib sangat korup

Jabatan Negara Amerika Syarikat diberitahu dalam sebuah kabel sulit bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan kerabatnya dipercayai menerima peratusan tertentu habuan daripada kebanyakan kontrak komersial utama – termasuk dari sektor pembalakan – yang diagihkan di negeri itu.

Semua 15 kematian babitkan motorsikal

Sejumlah 15 kematian akibat kemalangan jalan raya dicatatkan pada hari kelapan Ops Sikap-24, berbanding 17 kematian pada hari ketujuh Isnin lalu.

Trafik perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan

Trafik bergerak perlahan di beberapa kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dalam kesibukan orang ramai mula berkunjung ke rumah sanak saudara pada sambutan hari kedua Aidilfitri. Jurucakap Plus, berkata, jalan dari arah selatan, iaitu Nilai menghala ke Seremban bergerak perlahan di antara 20 kilometer (km) hingga 30km sejam. “Begitu juga dengan laluan masuk ke tol Simpang Ampat, Melaka dan tol Pagoh di Johor kenderaan turut bergerak perlahan,” katanya.

Pejuang bahasa Hassan Ahmad meninggal dunia

Pengerusi Yayasan Karyawan dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad meninggal dunia pada jam 2 petang ini di kediamannya di Petaling Jaya. Anak keduanya, Hasmirawati, 33, berkata bapanya meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital berhampiran selepas mengadu sakit perut sejak awal pagi tadi. Hassan, 74, meninggalkan seorang balu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68, dan dua anak perempuan

HRPZII mahu perkenal unit Pusat Rawatan Tradisional

HRPZII mahu perkenal unit Pusat Rawatan Tradisional 31/08/2011 12:07pm KOTA BHARU 31 Ogos – Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini akan memperkenalkan Pusat Rawatan Tradisional bagi memberi perkhidmatan alternatif kepada pesakit, kata Pengarahnya, Datuk Dr Hasni Ghazali Hassan. Beliau berkata, pusat itu tidak melibatkan doktor untuk merawat pesakit tetapi lebih bercorak rawatan berkonsepkan urutan tradisional, terutama bagi penghidap angin ahmar

Ribuan kunjungi rumah terbuka Aidilfitri Muhyiddin

Ribuan kunjungi rumah terbuka Aidilfitri Muhyiddin 31/08/2011 12:13pm PAGOH 31 Ogos – Ribuan rakyat pelbagai kaum dan agama dari sekitar Pagoh menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Kompleks Seri Pekembar, di sini hari ini.

Pro Canselor UPSI Dr Abdul Shukor meninggal dunia

Pro Canselor UPSI Dr Abdul Shukor meninggal dunia 31/08/2011 12:17pm TAIPING 31 Ogos – Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Dr Abdul Shukor Abdullah meninggal dunia di sini pada pukul 1.20 pagi ini. Allahyarham berusia 67 tahun.

Rangkaian kedai perkakasan pembinaan di Terengganu

Rangkaian kedai perkakasan pembinaan di Terengganu 31/08/2011 1:31pm KUALA TERENGGANU 31 Ogos – Selepas mewujudkan rangkaian T’Cafe dan T’Shop, kerajaan Terengganu merancang mewujudkan rangkaian kedai peruncitan bahan perkakasan binaan (T’Hardware) di semua daerah di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, ia bertujuan supaya lebih ramai orang Melayu di negeri ini menceburi sektor berkenaan. “Cadangan kita kalau boleh satu kedai yang akan dikenali dengan nama T’Hardware itu dibuka di setiap daerah dan yang pertama dibuka di Kuala Terengganu akhir tahun ini,” katanya di sini