PAS gesa lanjut tempoh skim pembiayaan Ujrah

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Jawatankuasa Isu PTPTN (JIP) PAS mencadangkan supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan tempoh permohonan berkaitan tawaran penukaran Ujrah yang berakhir semalam (30 September). Pengerusinya, Mohamad Taufek Abd Ghani (gambar) berkata, tawaran penukaran Ujrah itu telah ditawarkan oleh PTPTN di mana pihak peminjam PTPTN ditawarkan pertukaran pinjaman sedia ada (3% atau 5%) kepada pembiayaan Ujrah 1%. “Ramai pihak peminjam PTPTN menghubungi JIP melalui telefon dan melalui Facebook Jawatankuasa Isu PTPTN memohon supaya JIP memperjuangkan hasrat mereka supaya tempoh permohonan pembiayaan Ujrah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2011,” ujarnya dalam satu kenyataan

3 daripada 6 remaja terbabit seks bebas

Nasional Peningkatan statistik hubungan luar nikah dorong kes pembuangan bayi PUTRAJAYA: Setiap tiga daripada enam remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini, kebanyakannya lulusan universiti didapati melakukan hubungan seks luar nikah bersama pasangan masing-masing kerana didorong perasaan ingin mencuba akibat menonton video lucah, sekali gus dikhuatiri menyumbang kepada kes pembuangan bayi. Pendidikan setinggi mana sekalipun tidak mampu menjamin ketinggian sahsiah diri. Usaha membangunkan nilai moral di kalangan belia bukan hanya terletak di bahu pendidik semata-mata, malah kita secara kolektif perlu bersama-sama bertanggungjawab

Tiada sekolah kebangsaan bahasa Inggeris

Nasional MUHYIDDIN berbual dengan peserta Majlis Dialog bersama Persatuan Akademik Universiti Putra Malaysia ketika melakukan lawatan kerja ke UPM, di Serdang, semalam. Kerajaan bersikap realistik 6 tahun PPSMI ramai gagal: Muhyiddin SERDANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan sekolah kerajaan aliran bahasa Inggeris tidak akan diwujudkan di negara ini kerana ia bertentangan dengan Akta Pendidikan dan Dasar Pendidikan Negara. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau bertanggungjawab untuk melaksanakan apa yang termaktub dalam akta dan dasar yang jelas menyebut bahawa bahasa pengantar di sekolah kebangsaan ialah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia

Laksana hudud jika dapat undi majoriti Parlimen

Nasional Mohamad Sabu ALOR SETAR: PAS hanya akan melaksanakan hukum hudud sekiranya mendapat majoriti sokongan dua pertiga di dalam Parlimen.

Enam web ajaran sesat dikesan

Nasional SKMM sekat sesawang seleweng, padam profil hina Islam, perkauman PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan sekurang-kurangnya enam laman sesawang yang didapati terbabit menyebarkan ajaran sesat hasil pemeriksaan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

LHDN kenakan penalti jika gagal hantar borang

Nasional KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengenakan penalti antara 20 peratus dan 35 peratus terhadap pembayar cukai yang lewat atau gagal mematuhi penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP). Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar, berkata penalti itu akan dilakukan mengikut tempoh kelewatan penghantaran BNCP, antara 12 bulan dan 36 bulan dan arahan berhubungan tindakan mengenakan penalti itu mula berkuatkuasa pada 1 Jun lalu

Nabil lafaz akad nikah dua kali

Nasional Tunai umrah destinasi bulan madu PUTRAJAYA: Dengan dua kali lafaz, artis komedi popular, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada Nazirah Ayub, 23. Mereka diijabkabulkan di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya, jam 5.15 petang, di sini, semalam.

Lelaki rompak pelakon ditahan

Nasional AMPANG: Seorang lelaki berusia 26 tahun yang mendalangi lebih 25 kes samun dan rompak secara berkumpulan di sekitar daerah Ampang termasuk rompakan terhadap pelakon, Datin Maria Arshad pada 13 September lalu akhirnya berjaya ditumpaskan selepas ditangkap di sekitar Taman Melawati, Rabu lalu. Suspek yang ditangkap kira-kira jam 8 malam ketika sedang menunggang motosikal sendirian, hasil beberapa laporan polis yang diterima mangsa dan risikan sejak beberapa bulan lalu.

Kes Tajudin saman portal selesai luar mahkamah

Nasional Tajudin Ramli KUALA LUMPUR: Kes saman RM200 juta oleh bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines System Bhd (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli, terhadap The Malaysian Insider diselesaikan di luar mahkamah semalam selepas portal berita itu mengemukakan permohonan maaf kerana penerbitan berita tanpa fakta dan berunsur fitnah. Hakim Mahkamah Tinggi, Harmindar Singh Dhaliwal, merekodkan penyelesaian yang dicapai kedua-dua pihak dalam kamar. Syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jahabar Sadiq dan wartawan, Shazwan Mustafa Kamal menyerahkan surat kenyataan itu kepada mahkamah menerusi peguam mereka, George Miranda

Peserta Joran dinasihat berwaspada

Nasional PETUGAS sibuk membuat persiapan sempena pusingan akhir Grand Slam Karnival GP Joran 2011 Berita Harian di Kuala Dungun, Terengganu. Ramalan cuaca mendung, hujan tidak bahayakan bot di perairan DUNGUN: Cuaca diramalkan mendung waktu pagi dan hujan sebelah petang hari ini dan esok sepanjang pusingan Akhir Grand Slam GP Joran 2011 di Kuala Dungun, di sini, tetapi tiada amaran ribut berikutan keadaan ombak setinggi 1.5 hingga 2.5 meter dengan kelajuan angin 30 hingga 40 kilometer sejam tidak membahayakan bot di perairan

Bawa impian arwah suami ke Makkah

Nasional JEMAAH berteduh di khemah ketika menunggu untuk mendaftar di pekarangan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Warga tua guna wang simpanan hasil berniaga kain KELANA JAYA: Seorang warga emas berusia 70 tahun yang berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadat haji awal pagi tadi, turut membawa impian Allahyarham suami yang berhajat mengerjakan rukun Islam kelima itu bersama-sama sebelum menemui ajal, kira-kira tiga tahun lalu. Suwayah Wahab, berkata beliau terkilan Allahyarham yang meninggal dunia akibat demam teruk, tidak bersama menemaninya menunaikan ibadat haji

Bah besar landa Asia

Taufan Nalgae menuju Filipina HANOI: Tujuh negara Asia ketika ini dilanda banjir besar termasuk Thailand, Kemboja, Vietnam, Filipina, India, Pakistan dan China, berikutan musim hujan sejak sebulan lalu selain ada negara baru dilanda taufan dengan angka korban lebih 1,000 orang. Jumlah korban banjir di Thailand setakat ini 188 orang, 150 lagi maut di Vietnam dan Kemboja manakala sekurang-kurangnya 43 maut di Filipina. Bilangan kematian akibat banjir lebih besar di Pakistan iaitu 430 manakala India, angkanya mencapai 335.

‘Sajian’ berahi

KUALA LUMPUR: Sebuah warung di Jalan Ampang di sini mempunyai rahsia tersendiri untuk menarik pelanggan apabila ‘menghidangkan’ aksi berunsur ghairah dua penyanyi karaoke dipercayai wanita warga Indonesia pada setiap malam.

Hukum si miskin

SAKIT …Yusma Azuan Sakri menunjukkan calar di betis akibat dirotan guru. GUA MUSANG: Seorang daripada empat pelajar sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dekat sini, bukan saja dijemur bersama tiga rakannya di tengah panas hampir empat jam tetapi turut menerima hukuman seperti tawanan perang apabila tubuh mereka diletakkan kerengga. Kejadian kira-kira jam 8 pagi Rabu lalu itu turut disaksikan lebih 700 pelajar sekolah berkenaan ketika sesi perhimpunan pagi dan empat guru didakwa antara yang terbabit melaksanakan hukuman itu

Nabil bergelar suami Nazirah

PUTRAJAYA: Selepas terbabit pelbagai kontroversi, akhirnya juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad, 28, menemui kebahagiaan apabila selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Nazirah Ayub, 23, di Masjid Sultan Mizan, di sini pada jam 5.15, petang semalam. Pasangan yang sudah berkenalan enam tahun dan rapat sejak enam bulan lalu itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Putrajaya, Ustaz Mohd Redha Ahmad dengan berwali bapa pengantin perempuan, Ayub Hassan, 60.

Durian runtuh menunggu warga Utusan Melayu – NUJ

Durian runtuh menunggu warga Utusan Melayu – NUJ 30/09/2011 6:35pm KUALA LUMPUR 30 Sept. – Warga Utusan Melayu akan menerima ”durian runtuh” berbentuk tunggakan selama 36 bulan susulan persetujuan dalam perjanjian kolektif (CA) antara majikan dan Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ).

UPM diminta membantu soal jaminan makanan mencukupi

UPM diminta membantu soal jaminan makanan mencukupi 30/09/2011 6:36pm KUALA LUMPUR 30 Sept. – Selain terus menjadi universiti berteraskan pendidikan dan pembangunan pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) juga perlu memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan menguruskan soal jaminan kecukupan makanan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, soal itu kini menjadi isu nasional kerana sudah banyak inisiatif kerajaan dijalankan untuk memastikan negara mencapai tahap sara diri bagi beberapa komponen makanan.

Budak maut jatuh tangga bergerak

KUALA LUMPUR: “Saya hanya sempat menyentuh tangannya sebelum dia terjatuh dari tingkat dua,” kata Nathira Begam Abdul Kadir, 34, ibu kepada Muhammad Shevana Zhakir Husin, budak lelaki berusia tiga tahun yang meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam akibat terjatuh daripada tangga bergerak sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya sehari sebelum itu. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, mangsa mengikut ibu dan bapanya, Zhakir Husin Abdullah, 33, ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen untuk urusan memperbaharui visa bapanya sebelum mereka sekeluarga melawat tempat kelahiran bapanya di Thiruvarur, India.

Kes Sosilawati: Peguam pertikai ketepatan rekod panggilan

Kes Sosilawati: Peguam pertikai ketepatan rekod panggilan 30/09/2011 6:38pm SHAH ALAM 30 Sept. – Isu ketepatan rekod panggilan yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi menjadi tumpuan pada perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Makamah Tinggi di sini hari ini. Peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N

Hudud: Perjuangan Pas ibarat musim padi – Noh Omar

Hudud: Perjuangan Pas ibarat musim padi – Noh Omar 30/09/2011 8:00pm SHAH ALAM 30 Sept. – Perjuangan Pas berhubung hukum hudud adalah seperti musim padi, iaitu hanya pada jangka masa tertentu sahaja bukan sepanjang tahun, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar