Pelajar tulang ‘S’ perlu RM41,000

Wilayah KEADAAN tulang belakang Siti Nur Natasya (kiri) dan Nur Ezani. Nur Ezani, Siti Nur Natasya sukar tidur selesa akibat masalah dialami KUALA LUMPUR: “Saya meminati mata pelajaran Sains dan suka menyelidik, suatu hari nanti saya ingin menjadi saintis,” kata Nur Ezani Amira Hamidan, 15, seorang daripada dua pesakit yang memerlukan bantuan bagi menjalani pembedahan kerana menghidap masalah tulang belakang bentuk ‘S’.

Lima tahun hidu bau busuk

Wilayah PENDUDUK tidak dapat menahan bau busuk ketika mendekati sistem vakum yang gagal berfungsi dan tidak diselenggara oleh pemaju. Penduduk di Bukit Merah dakwa pemaju gagal baiki sistem kumbahan BAGAN SERAI: Beratus penduduk di satu kawasan perumahan di Bukit Merah, dekat sini, terpaksa menghidu bau busuk dan terdedah kepada limpahan air najis apabila sistem kumbahan di kawasan itu gagal berfungsi sejak lima tahun lalu akibat tidak dibaiki

Warga tua pakai kain sarung leka berjudi

Wilayah WARGA tua berkain sarung turut mengunjungi kafe siber untuk berjudi. GERIK: Gara-gara ketagih judi, segelintir warga tua di sini dikesan sanggup berkain sarung untuk melepaskan gian berjudi di kafe siber yang banyak sekitar daerah ini.

200 nyaris maut kereta api rempuh lori tangki

Nasional Gegaran akibat letupan kuat dirasai sekitar Petagas KOTA KINABALU: Kira-kira 200 penumpang kebanyakannya kakitangan kerajaan nyaris maut apabila kereta api dinaiki mereka merempuh sebuah lori tangki bermuatan 27,000 liter petrol yang menyebabkan letupan kuat di lintasan kereta api haram berhampiran Kilometer 5, Jalan Kota Kinabalu-Putatan, Petagas, dekat sini, semalam. Letupan itu menyebabkan gegaran kuat di sekitar Petagas dengan asap tebal boleh dilihat dari jarak kira-kira lima kilometer (km), selain kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang kira-kira 10 km dari Jalan Kota Kinabalu-Putatan dan sebaliknya.

Rakyat inovatif perlu berani ambil risiko: PM

Nasional 2012 diumum sebagai tahun Gerakan Inovasi Nasional KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu berani mengambil risiko untuk menjadi insan yang inovatif, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, seorang inovator akan meneroka jejak baru, berbanding hanya mengikut laluan yang ditinggalkan orang lain serta berfikiran terbuka dalam menilai pendapat luar biasa dan memikirkan peluang kepada sesuatu yang dilihat sebagai masalah oleh orang lain. Beliau berkata, kehilangan tokoh inovasi, termasuk pengasas syarikat elektronik Apple, Steve Jobs, pengasas Sony Corporation, Akio Morita dan pengasas Pan American World Airways, Juan Trippe, meninggalkan kesan mendalam kepada dunia yang banyak menerima manfaat daripada pemikiran inovatif mereka.

‘Kerajaan sedia hadapi banjir’

Nasional Muhyiddin mahu langkah luar jangka diberi perhatian elak kejadian buruk SEPANG: Kerajaan bersedia ‘lebih daripada biasa’ bagi menghadapi kemungkinan gelombang banjir yang diramal oleh pakar lebih besar kali ini menjelang peralihan musim Monsun Timur Laut, bulan ini.

Pengawal baru 3 hari bekerja ditembak mati

Nasional Penjenayah bermotosikal lepaskan tembakan dalam rompakan di PPUM PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang baru tiga hari bekerja ditembak mati dalam rompakan nekad sebuah kenderaan pacuan empat roda, berhampiran Unit Kecemasan & Trauma, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini pagi semalam. Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Mohd Burhanuddin Jamaluddin, 23, bersama dua rakan setugas dalam perjalanan ke sebuah bank di Universiti Malaya (UM) selepas mengutip wang tunai RM173,000 dan puluhan cek dari Unit Kewangan pusat perubatan berkenaan

UMP cipta perisian tulis Arab-Jawi lebih tepat

Nasional ASAR menunjukkan perisian AsarFronts ketika ditemui di UMP, semalam. AsarFonts permudah penulisan huruf Arab di komputer KUANTAN: Perisian AsarFonts yang dibangunkan UMP Holdings Sdn Bhd, mampu menyelesaikan permasalahan transliterasi huruf Arab dan penulisan Jawi yang dihadapi orang ramai terutama guru J-Qaf, pelajar, pensyarah dan penulis buku

Isu RM600j panaskan sidang DUN

Nasional DAP Pulau Pinang disindir kelirukan rakyat langsai hutang kerajaan BN GEORGETOWN: Kegagalan kerajaan negeri menjelaskan pengurangan hutang sebanyak RM600 juta kepada rakyat selepas kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil alih pentadbiran negeri menjadi topik hangat pada persidangan DUN, semalam. Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim, berkata perkara itu menimbulkan kekeliruan kerana rakyat beranggapan kerajaan negeri begitu hebat sehingga boleh menjelaskan hutang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam masa tiga tahun. Ketika mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008, hutang kerajaan berjumlah RM630.13 juta dan berkurangan kepada RM29.66 juta pada September lalu.

Nadia diarah bayar Lisdawati RM50,000

Nasional Kenyataan pelakon dalam Media Hiburan berunsur fitnah KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen semalam, memerintahkan pelakon Nadia Mustafar membayar ganti rugi RM50,000 kepada pelakon Lisdawati selepas membenarkan saman malu yang difailkan pada 21 April tahun lalu. Hakim Yong Zarida Sazali yang membuat keputusan itu memerintahkan Nadia, nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, membayar faedah empat peratus setahun bermula daripada tarikh penghakiman sehingga bayaran itu diselesaikan kepada Lisdawati atau nama sebenar, Nisdawati Nazaruddin. Beliau membuat keputusan itu selepas meneliti keterangan saksi termasuk Lisdawati dan Nadia dan juga hujahan peguam Lisdawati, Sangeet Kaur Deo dan peguam Nadia, Siti Julaini Mohd Shahar dan Mohamed Lusfi Yaakob

Murid Tahun 1,2 curi masuk 26 kediaman

Nasional ABDUL RAZAK (tengah) menunjukkan antara barang yang ditemui berikutan penahan dua budak sekolah di rumah mereka. Penghuni tinggal kunci dalam kasut PUTRAJAYA: Umur mereka masing-masing baru tujuh dan lapan tahun. Namun, selain bersekolah, mereka terbabit dalam sekurang-kurangnya 26 kes pecah rumah di sekitar kuarters kerajaan di Presint 8, di sini sejak enam bulan lalu

Pasangan terlanjur tipu tarikh nikah

Nasional Elak kandungan ditakrif anak tidak sah taraf KUALA TERENGGANU: Ramai pasangan terlanjur di negeri ini dikesan sanggup menipu tarikh pernikahan mereka bagi mengelak anak sedang dikandung ditakrifkan sebagai anak tidak sah taraf. Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah negeri, Wan Mohd Zakri Wan Mohd, berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan saja menyalahi hukum syarak, malah menyebabkan keturunan sesebuah keluarga itu tidak sah, malah tergolong dalam zina

Taman Awam Batu Buruk daif

Wilayah PENGUNJUNG kecewa buaian di Taman Awan Batu Buruk, Kuala Terengganu dibiar rosak.

AUKU tak bercanggah Perlembagaan: Pakar

Nasional KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan dan pengamal undang-undang menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung peruntukan 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak bermakna akta berkenaan tidak sah atau bercanggah sepenuhnya dengan Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya, ia hanya membabitkan peruntukan yang melarang penuntut universiti menunjukkan sokongan, menyatakan rasa simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik, di dalam atau luar negara. Pakar undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, berkata keputusan itu memberikan gambaran bahawa mahkamah melaksanakan tanggungjawabnya untuk membuat tafsiran terhadap undang-undang berdasarkan prinsip menegakkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan

Sekat pelajar IPT berpolitik tidak sah

MukaDepan Mahkamah rayuan putuskan Seksyen 15 (5)(a) AUKU bercanggah perlembagaan PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam memutuskan peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah Perlembagaan Persekutuan. Keputusan 2-1 oleh panel tiga hakim, diketuai Datuk Wira Low Hop Bing itu memutuskan seksyen 15 (5) (a) AUKU bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan AUKU sebagai sah di sisi perlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu

Bawa parang tikam isteri

SANDAKAN: Seorang wanita kini bertarung dengan maut akibat ditetak di kepala manakala perutnya ditikam menggunakan parang jenis ‘barung’ oleh suaminya yang mengamuk kerana sering dituduh mengamalkan ilmu hitam. Mangsa, Amah Mohd Ali, 36, dan kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Mangkalinau di sini, pada jam 7.30 malam kelmarin

Lisdawati menang

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, semalam memerintah pelakon Nadia Mustafa membayar ganti rugi RM50,000 kepada seorang lagi pelakon, Lisdawati berhubung saman fitnah terhadap penyiaran artikel di Majalah Media Hiburan, enam tahun lalu. Hakim Yong Zarida Sazali membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan saman fitnah difailkan Lisdawati terhadap Nadia tahun lalu. Beliau turut memerintahkan Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, membayar kadar faedah empat peratus bermula dari tarikh penghakiman iaitu semalam hingga tarikh penyelesaian kes serta membayar kos mengikut skala

Panggilan maut hari ketiga kerja

KUALA LUMPUR: “Kami sekeluarga tak tahu pun arwah bekerja sebagai pengawal keselamatan,” kata Alias Jamaluddin, 40, abang kepada pengawal keselamatan yang mati ditembak penjenayah dalam kejadian rompakan di simpang lampu isyarat berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Mohd Burhanuddin Jamaluddin, 23, yang baru tiga hari bekerja sebagai pengawal keselamatan maut selepas ditembak tiga lelaki bermotosikal yang cuba menyamun wang dibawa mangsa bersama dua rakan setugas dianggarkan berjumlah RM173,000. Ketika itu, mangsa bersama dua pengawal keselamatan yang menaiki Toyota Hilux dalam perjalanan keluar dari PPUM selepas mengambil wang dari Unit Kewangan pusat perubatan berkenaan.

Lebihan perbelanjaan akibat pertukaran tukaran wang asing

Lebihan perbelanjaan akibat pertukaran tukaran wang asing 31/10/2011 7:26pm SINGAPURA 31 Okt. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan adanya penyelewengan dalam perbelanjaan Kementerian Pertahanan. Katanya, lebihan sebanyak RM6.5 juta seperti yang dilaporkan Jabatan Audit Negara adalah disebabkan pembelian aset luar yang melibatkan pertukaran wang asing.

Malaysia sasar 36 juta pelancong asing menjelang 2020

Malaysia sasar 36 juta pelancong asing menjelang 2020 31/10/2011 7:47pm KUALA LUMPUR 31 Okt. – Sejumlah 36 juta pelancong asing dijangka berkunjung ke negara ini menjelang tahun 2020 dengan anggaran pendapatan pelancongan sebanyak RM168 bilion, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. Beliau berkata, sasaran itu mampu dicapai dengan pelaksanaan 12 inisiatif strategik di bawah Bidang Keberhasilan Utama Pelancongan Kebangsaan seperti ”Luxury Malaysia” dan ”Agrotourism”.