Sultan Selangor tegah berpolitik di kampus

Nasional Sultan Sharafuddin Idris Shah UNISEL patut perkasa pelajar bangunkan negeri KUALA SELANGOR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menitahkan profesor dan pensyarah di Universiti Selangor (UNISEL) tidak berpolitik dalam kampus sebaliknya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tugas mengajar.

Penamaan ahli KWSP capai umur 55 tahun kekal sah

Nasional KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata, penamaan oleh ahli KWSP yang telah mencapai umur 55 tahun akan terus kekal sah. Penjelasan ini adalah berikutan penyebaran e-mel berantai baru-baru ini yang mendakwa penamaan oleh ahli KWSP yang mencapai umur 55 tahun adalah terbatal dan mereka perlu membuat penamaan semula

Dengar letupan kuat luar rumah

Nasional Mangsa terselamat cerita detik cemas 3 kediaman berdekatan sudah tertimbus CAMERON HIGHLANDS: “Kami bergilir mengusung mangsa, Normadiah Lasik, 69, yang parah dan masih hidup ketika itu, tetapi dia meninggal dunia sebelum sempat meredah banjir lumpur kerana pasukan penyelamat termasuk ambulans gagal memasuki kawasan kejadian akibat banjir lumpur. “Mangsa itu meninggal dunia disebabkan parah di muka,” kata Minah Bahu, 50, antara mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata di sini, petang kelmarin. Menceritakan detik cemas itu, Minah berkata, ketika kejadian hujan lebat antara jam 4 hingga 6 petang disusuli dengan petir

Khir Toyo diarah bela diri

Nasional Pendakwa berjaya buktikan wujud kes prima facie SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi semalam, atas tuduhan penyalahgunaan kuasa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah banglo di Seksyen 7 di sini, berjumlah RM6.5 juta, empat tahun lalu. Hakim Datuk Mohtaruddin Baki membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohamad Khir di akhir kes pendakwaan

Hakim benar cabar kenyataan Suresh

Nasional SURESH dibawa ke Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam. Saksi ke-29 diarah beri penjelasan 22 percanggahan SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi semalam, membenarkan rakaman percakapan saksi pendakwaan yang direkodkan polis, digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan keterangan saksi itu di mahkamah pada perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, tahun lalu.

BAKTI agih 39,000 bungkusan juadah raya

Nasional BADAN Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) mengagihkan 39,000 bungkusan juadah raya iaitu rendang, sambal ikan bilis, kuah kacang dan nasi himpit kepada anggota tiga pasukan keselamatan yang bertugas pada Aidilfitri. Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata juadah raya bernilai RM351,000 itu tanda penghargaan kepada jasa dicurahkan pasukan keselamatan yang bertugas menjaga keamanan di dalam dan luar negara

Meriah sekejap, merana seumur hidup

Nasional Mangsa letupan ‘gudang’ mercun kesal, insafi kesilapan Ramadan lalu KUALA TERENGGANU: “Sampai sekarang, saya menyesal dengan apa yang berlaku hingga saya cacat. Saya menasihatkan jangan sesekali terbabit dengan mercun, sebab meriahnya hanya sekejap tetapi lepas itu, kita boleh merana seumur hidup. “Apapun, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang bernafas dan menginsafi kesilapan lalu

Nik Aziz nafi bincang rahsia lantik Ku Li

Nasional KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan beliau mengadakan perbincangan rahsia untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, sebagai Ketua Pembangkang.

Dawama sorok ‘soft copy’

Nasional SEBAHAGIAN 400 kakitangan Dawama yang diberikan cuti tanpa gaji membaca doa ketika berkumpul di depan syarikat itu di Hulu Klang, semalam. DBP hadapi masalah ulang cetak enam juta buku teks 2012 KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dipercayai berdepan masalah untuk mengulang cetak enam juta naskhah buku teks sekolah rendah, berikutan salinan lembut (soft copy) teks itu masih disimpan syarikat konsesi percetakan dan pemasarannya, Dawama Sdn Bhd (Dawama)

‘Hanya MIC wakili India’

Nasional PALANIVEL (kiri) mengatakan sesuatu kepada Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam di PICC, semalam. Tak mahu parti lain sertai BN PUTRAJAYA: MIC tidak akan sekali-kali berkompromi dengan membenarkan mana-mana parti lain berasaskan kaum India menyertai Barisan Nasional (BN) dan mahu kekal sebagai wakil tunggal masyarakat India dalam pakatan itu, kata Presidennya, Datuk G Palanivel. Beliau menegaskan pendirian MIC amat jelas dan sanggup meninggalkan BN sekiranya BN menerima mana-mana parti serpihan berasaskan kaum India untuk menyertainya sebagai parti komponen, sebaliknya sedia menerima mereka sebagai anggota bersekutu.

Kerajaan kaji kurang beban

Nasional MUHYIDDIN dan isteri melihat orang ramai memeriksa mata selepas pelancaran Karnival Kesihatan dan Program Doktor Turun Kampung di Kompleks Sukan Pagoh, semalam.

‘Tiada kaitan kematian Baharudin’

Nasional Suhardi dakwa foto dimanipulasi, sedia kerjasama dengan polis KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang sebelum ini didakwa mengelirukan kematian Allahyarham Baharudin Ahmad, 59, ketika perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu, semalam tampil membuat penafian kononnya dia berlakon seperti dirakamkan dalam Youtube, sebaliknya mendakwa turut menjadi mangsa semburan gas pemedih mata sehingga jatuh pengsan. Suhardi Mat Isa, 48, yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (URUSKOP) turut menjelaskan, aksinya yang tidak sedarkan diri sehingga menjadi tumpuan kebanyakan blogger yang disangka Baharudin itu tidak mempunyai kaitan dengannya dan menganggap tindakan pihak terbabit seolah-olah mahu menjatuhkan imejnya

TEMAN jadi pusat sehenti produk PKS

Nasional Usahawan Groom tembusi pasaran luar KOTA BHARU: Produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) keluaran usahawan Groom Big, iaitu sebuah program diperkenal Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri semakin mendapat tempat di pasaran antarabangsa terutama di negara ASEAN dan Asia Barat. Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata berikutan kejayaan produk itu menembusi pasaran terutama di Brunei, Singapura dan Arab Saudi, ia mendorong pihaknya untuk terus bekerjasama dengan pelbagai agensi antaranya FAMA, SIRIM dan MARDI untuk meningkatkan prestasi usahawan berkenaan.

Palanivel dilantik peneraju pembangunan kaum India

Nasional NAJIB mengadakan sesi soal jawab bersama murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kinrara pada Majlis Mesra Bersama Warga Sekolah Tamil Malaysia di sekolah itu, semalam. Kerajaan komited dengan masa depan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk G Palanivel dilantik sebagai menteri peneraju untuk memimpin usaha kerajaan bagi membangunkan taraf sosioekonomi masyarakat India

3 bulan semak SBPA langkah terbaik, adil

Nasional KUALA LUMPUR: CUEPACS menyifatkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi tempoh tiga bulan bagi semakan dan penambahbaikan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sebagai langkah terbaik dan adil kepada penjawat awam. Presidennya, Omar Osman berkata, setiap kali kongres mengadakan taklimat di seluruh negara, kira-kira 1.3 juta penjawat awam terutama kakitangan Gred 54 ke bawah dan Kumpulan Pelaksana Satu dan Dua memang melahirkan perasaan tidak berpuas hati terhadap SBPA sedia ada.

Berhenti sokong Anwar selepas tonton video seks

Nasional Penyokong tegar sejak sekolah yakin pendedahan ‘Datuk T’ KUALA LUMPUR: Osman Ishak, bapa bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhenti daripada menyokong Ketua Pembangkang itu selepas menonton video seks yang didakwa mirip penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan dengan membuat kesimpulan bahawa ada asas individu terbabit boleh melakukan perkara yang lebih menjijikkan.

HIMPUN dedah cubaan murtad pelajar tahfiz

Nasional Maahad berjaya halang lelaki berbasikal dekati penghuni KEPALA BATAS: Jika sebelum ini gerakan memesongkan akidah umat Islam dikesan hanya tertumpu kepada ibu tunggal serta golongan memerlukan bantuan, kini usaha sama turut dikesan membabitkan pelajar maahad tahfiz. Ketika mendedahkan perkara itu, Pengarah Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin, berkata gerakan itu dikesan berlaku di sebuah maahad tahfiz di bahagian Seberang Perai negeri ini, Oktober tahun lalu. Katanya, usaha itu didalangi seorang lelaki dengan cara menaiki basikal serta berpakaian kemas biasanya menemui pelajar maahad tahfiz berkenaan secara senyap ketika mereka sedang bersukan atau beriadah

Polis nafi pukul peniaga mabuk

Nasional ZULKIFLI (tengah) menunjukkan barang kes dipercayai digunakan suspek dalam pergaduhan di Bukit Sentosa, Jumaat lalu.

Budak balik sekolah hilang

Nasional Muhammad Faiz tak pulang rumah selepas ke sekolah Khamis lalu SHAH ALAM: Keluarga seorang kanak-kanak, Muhammad Faiz Nasrullah Faizal Naim, 11, yang dilaporkan hilang selepas ke sekolah di sini, Khamis lalu, merayu kanak-kanak itu pulang atau dipulangkan segera. Muhammad Faiz dihantar ke Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4, di sini untuk mengikuti persekolahan sesi pagi dan tidak ke sekolah sesi petang di Sekolah Agama Hasaniah, Seksyen 6. Bapanya, Faizal Naim Ahmad, 35, berkata Muhammad Faiz yang juga anak sulung daripada lima beradik tidak menunjukkan sebarang perubahan dan tidak mempunyai masalah dengan sesiapa sebelum kehilangannya

Amaran pelajar lelong baucar

Nasional KPT tak kompromi rampas BB1M dijual kepada pihak ketiga PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi amaran akan merampas Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) daripada pelajar yang cuba menyalahgunakan baucar berkenaan termasuk menjualnya dengan potongan harga tertentu. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tidak memanfaatkan BB1M bernilai RM200 untuk membeli buku ilmiah, sebaliknya menjualnya kepada pihak ketiga.