Ceburi sektor pertumbuhan tinggi untuk jana pendapatan

Ceburi sektor pertumbuhan tinggi untuk jana pendapatan

21/01/2012 12:27pm

GURUN 21 Jan. — Usahawan bumiputera digalakkan menceburi sektor pertumbuhan tinggi untuk menjana pendapatan yang lebih lumayan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata, penglibatan usahawan bumiputera dalam sektor yang memerlukan inovasi dan kreativiti masih berada pada tahap yang rendah kerana kebanyakan mereka memberi tumpuan kepada industri tradisi sahaja.

Jelas beliau, usahawan bumiputera akan mendapat kesan yang kurang memuaskan terhadap perkembangan perniagaan mereka sekiranya hanya memberi fokus kepada perniagaan yang tidak mempunyai inovasi dan kreativiti.

“Katalah dia nak terlibat dalam pertanian sekalipun, ada unsur inovasi maka pulangannya pun lebih lumayan tetapi kalau dia masih dalam industri kecil yang tak banyak menggunakan inovasi jadi pulangannya terlampau rendah,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui Bernama selepas majlis ramah mesra dan jamuan teh Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah di Harvard Jerai di sini semalam.

Menurut Mukhriz, walaupun usahawan bumiputera mengalami kekangan daripada segi modal untuk berada dalam industri berkenaan namun ia bukan halangan yang besar kerana sikap berani mencuba perkara yang baru dapat mengatasi masalah tersebut.

Bagaimanapun beliau mengesyorkan usahawan bumiputera supaya membuat kajian pasaran secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu perniagaan untuk memahami kehendak pasaran. — BERNAMA

Continued here:

Ceburi sektor pertumbuhan tinggi untuk jana pendapatan


Kata Kunci:

Artikel Berkaitan:

  1. Ceburi sektor pertumbuhan tinggi untuk jana pendapatan
  2. Pertumbuhan KDNK hingga 6 peratus tersasar
  3. Sektor perbankan jana ekonomi
  4. Jualan Mega 1Malaysia jana pendapatan
  5. Pertumbuhan sederhana: BNM kekalkan OPR pada 3.0%
  6. Pertumbuhan ekonomi Indonesia 6.5 peratus
  7. Kawasan tetap untuk usahawan bumiputera di PP diwujudkan
  8. Kawasan tetap untuk usahawan bumiputera di PP diwujudkan
  9. Kawasan tetap untuk usahawan bumiputera di PP diwujudkan
  10. Kawasan tetap untuk usahawan bumiputera di PP diwujudkan
Posted by on Jan 21st, 2012 and filed under Utusan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response by filling following comment form or trackback to this entry from your site

1 Response for “Ceburi sektor pertumbuhan tinggi untuk jana pendapatan”

  1. Ramli says:

    Saya amat bersetuju dengan kata-kata Datuk Mukhriz. Usahawan bumiputera perlu lebih berani menghadapi cabaran dan tidak mengharapkan pertolongan dari kerajaan semata-mata. Kita lebih perlu kreatif dan berinovasi terutamanya dizaman berteknologi tinggi ini. Memang betul ianya memerlukan modal yang besar, tetapi kalau kita kreatif kita mampu menyerap semula pengeluaran modal tersebut. Saya amat berharap juga agar usahawan bumiputera semua dapat bersatu-padu untuk mengukuhkan lagi ekonomi negara.

Leave a Reply