Ceramah politik HINDRAF kecoh

Nasional

1,000 penduduk Kampung Jalan Kebun marah provokasi penyokong

SHAH ALAM: Ceramah politik anjuran pertubuhan haram, Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF), di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Seksyen 30, Kampung Jalan Kebun, dekat sini, malam kelmarin, kecoh apabila kira-kira 1,000 penduduk yang tidak berpuas hati dengan ceramah itu mengepung dewan berkenaan.

Dalam kejadian itu, seorang penyokong HINDRAF dilaporkan cedera dan dirawat di sebuah hospital swasta tetapi punca kecederaannya tidak dapat dipastikan.

Keadaan bertukar tegang apabila penduduk mendakwa ada penyokong HINDRAF yang hadir pada ceramah yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, menyebut beberapa perkataan yang menyinggung perasaan mereka.

Penduduk mengepung dewan berkenaan pada jam 8.45 malam dan keadaan menjadi kecoh apabila mereka mendesak majlis yang turut dihadiri peguam, Harris Ibrahim dan Badrul Hisham Shaarin atau dikenali Cikgu Bard, dihentikan serta-merta.

Kejadian tegang itu berlarutan hampir dua jam, membabitkan pertelagahan antara penduduk dan penyokong kumpulan berkenaan, memaksa kira-kira 20 anggota polis, diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mazlan Othman mengawal keadaan.

Polis dengan kerjasama beberapa pemimpin parti politik berusaha mententeramkan keadaan dan persetujuan berjaya dicapai kira-kira jam 11 malam dengan meminta pihak penganjur yang dipercayai tidak mempunyai permit, bersurai bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Turut kelihatan mententeramkan penduduk, beberapa pemimpin setempat, termasuk Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Abdul Raof Mokhtar dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Sri Bakti, Adi Anwar Bahhari.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Kamal Arifin Kainin, berkata, insiden itu dipercayai berpunca daripada keceluparan penyokong HINDRAF mengeluarkan kata-kata provokasi kepada penduduk kampung menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal.

Kamal Arifin berkata, ceramah itu dipercayai tidak mempunyai permit dan sepatutnya diadakan di tempat lain sebelum ia diadakan di dewan MBSA di kampung itu.

“Kami berusaha untuk mententeramkan keadaan walaupun sedar kemarahan penduduk memuncak dan menghargai usaha polis mengawal daripada berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata, selain kata-kata yang menyinggung perasaan, penduduk juga berang dengan tindakan penganjur yang memulakan ceramah politik ketika penduduk sedang solat Maghrib.

Pada masa sama, katanya, insiden berkenaan turut menggambarkan penduduk di kawasan itu jelas menolak kehadiran Mat Sabu sehingga memaksa pemimpin PAS itu meninggalkan tempat kejadian tanpa sempat berceramah.

See more here:

Ceramah politik HINDRAF kecoh


Kata Kunci:

Artikel Berkaitan:

  1. Ceramah politik HINDRAF kecoh
  2. Ceramah politik HINDRAF kecoh
  3. Ceramah politik HINDRAF kecoh
  4. Ceramah politik HINDRAF kecoh
  5. Ceramah politik HINDRAF kecoh
  6. Ceramah politik HINDRAF kecoh
  7. Ceramah politik HINDRAF kecoh
  8. Ceramah politik HINDRAF kecoh
  9. Ceramah politik HINDRAF kecoh
  10. Ceramah politik HINDRAF kecoh
Posted by on Jan 24th, 2012 and filed under Nasional. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response by filling following comment form or trackback to this entry from your site

1 Response for “Ceramah politik HINDRAF kecoh”

  1. anak perelih says:

    hahahah… bodoh punya laporan Berita Hairan… Maghrib masuk jam 8:45…. pembaca sila tengok video kat youtube sapa yang keluarkan perkataan provokasi tu….

Leave a Reply