Izwan Pilus meninggal dunia

Nasional

Izwan Pilus

Izwan Pilus

Bekas pengacara Bintang RTM dijangkiti kuman dalam darah, kencing tikus

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara, Khairil Izwan Pilus atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus, 32, meninggal dunia di Hospital Ampang, di sini, petang semalam, berikutan jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus.

Bekas pengacara Bintang RTM itu menghembuskan nafas terakhir di hadapan keluarga dan rakan baik kira-kira jam 6.15 petang. Anak kedua daripada empat beradik itu dimasukkan ke hospital disebabkan demam kuning, kira-kira jam 12.30 malam kelmarin.

Awal Disember lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak dan ditahan di wad selepas mengadu demam panas, manakala adiknya, Aril AF7 turut dimasukkan ke wad sama akibat demam denggi.

Jenazahnya dibawa pulang ke kampungnya di Jasin, Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang, Gubah, Jasin, kira-kira jam 9 pagi hari ini.

Allahyarham mula dikenali dalam industri hiburan tanah air selepas menjadi finalis Bintang RTM 2004 dan pernah muncul dengan album Indah Lelapku pada 2005. Beliau juga pernah menjadi finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 dan finalis Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-14.

See the article here:

Izwan Pilus meninggal dunia


Kata Kunci:

Artikel Berkaitan:

  1. Izwan Pilus meninggal dunia
  2. Bayi berusia 46 hari meninggal dunia di taska
  3. Bayi berusia 46 hari meninggal dunia di taska
  4. Bayi berusia 46 hari meninggal dunia di taska
  5. Novelis Azizi Abdullah meninggal dunia
  6. Penyanyi Hasnah Haron meninggal dunia
  7. Penyanyi Ahmad Jais meninggal dunia
  8. Arifin Jaka meninggal dunia
  9. Pelakon veteran, Aimi Jarr meninggal dunia
  10. Arifin Jaka meninggal dunia
Posted by on Jan 20th, 2012 and filed under Nasional. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response by filling following comment form or trackback to this entry from your site

2 Responses for “Izwan Pilus meninggal dunia”

  1. Semoga arwah sentiasa tenang disana… amin.

  2. ahmadhussaini says:

    alfatihah amin….semoga di tempatkan bersama2 orang yang berimam

Leave a Reply