Lebih 1 juta jawatan kosong untuk diisi rakyat Malaysia – KDN

Lebih 1 juta jawatan kosong untuk diisi rakyat Malaysia – KDN

23/08/2011 6:36pm

PUTRAJAYA 23 Ogos – Sebanyak 1,051,427 keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, daripada statistik itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan diikuti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (237,700) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (220,000).

Selain itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (165,000); Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (140,000); Kementerian Dalam Negeri (10,000); Kementerian Pelancongan (2,041) dan Kementerian Pengangkutan (963).

“Statistik itu diperoleh hasil maklum balas semua kementerian dan agensi berkaitan kepada KDN dalam Mesyuarat Taklimat Proses Pemutihan Program 6P yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama

Read the original here:

Lebih 1 juta jawatan kosong untuk diisi rakyat Malaysia – KDN


Kata Kunci:

Artikel Berkaitan:

  1. Lebih 1.5 juta pekerjasa asing didaftar
  2. Diskaun untuk rakyat Malaysia lawat Zoo Singapura
  3. RM5 juta untuk Konsortium Cartoonist at Work
  4. Manifesto lebih realistik untuk Kelantan
  5. RM1.4j untuk baiki, bina 456 Rumah Rakyat Jeli
  6. Lebih 70 isteri wakil rakyat keracunan makanan
  7. Kerajaan diminta tangguh program pemutihan
  8. Rusuhan di London pengajaran kepada rakyat Malaysia
  9. Malaysia komited main peranan lebih besar jamin keamanan
  10. 250,000 amah akan didaftar biometrik
Posted by on Aug 23rd, 2011 and filed under Utusan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response by filling following comment form or trackback to this entry from your site

2 Responses for “Lebih 1 juta jawatan kosong untuk diisi rakyat Malaysia – KDN”

  1. sitihajar says:

    sya ingin memohon kerja kerani

Leave a Reply