Pelajar akui bergurau bom helikopter PM

Nasional

GEORGETOWN: Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang disiasat kerana membuat ugutan berunsur jenayah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di dalam laman sosial, Facebook, adalah atas kehendaknya sendiri dengan niat bergurau.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata selepas disoal siasat, pelajar tahun empat jurusan kejuruteraan itu mengakui dia berniat untuk bergurau dan sekadar main-main serta menyesal dengan perbuatannya itu.

“Walaupun dia bergurau, kesnya disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan cuba menakutkan secara jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Polis Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang di Tanjung City Marina, di sini, semalam.

Kelmarin, pelajar berusia 24 tahun itu ditahan polis kerana didakwa membuat ugutan berunsur jenayah ke atas Najib di dalam laman sosial, Facebook yang berbunyi : “Najib is coming to our campus….lets bomb his helicopter.”

Dia ditahan berikutan satu laporan polis dibuat selepas satu blog menyiarkan perbuatan pelajar berkenaan. Pelajar itu yang disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di di sini, dibebaskan kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Mengulas lanjut, Ayub berkata, pelajar terbabit dilepaskan dengan jaminan selama sebulan bagi membolehkannya menduduki peperiksaan universiti.
“Malah, keluarganya yang dipanggil untuk membantu siasatan turut memberi jaminan. Bagaimanapun, polis boleh memanggilnya pada bila-bila masa sekiranya perlu bagi membantu siasatan.

“Kita sedang menjalankan siasatan terperinci termasuk di kalangan keluarga dan rakannya bagi memastikan tiada sebarang campur tangan anasir subversif,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Omar Osman berkata, pihaknya memandang serius kes pelajar terbabit kerana perbuatan itu tidak wajar berikutan ia boleh mengancam keselamatan.

“Kita tidak akan berkompromi dengan perbuatan sedemikian serta menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya, malah sedia bekerjasama,” katanya dalam kenyataannya di sini, semalam.

Link:

Pelajar akui bergurau bom helikopter PM


Artikel Berkaitan:

  1. Pelajar USM dibebaskan untuk duduki peperiksaan
  2. Pelajar USM dibebaskan untuk duduki peperiksaan
  3. Pelajar USM dibebaskan untuk duduki peperiksaan
  4. Pelajar USM dibebaskan untuk duduki peperiksaan
  5. Pelajar USM dibebaskan untuk duduki peperiksaan
  6. Kes tembak pelajar: 3 polis ditahan
  7. Guru tertoreh kepala pelajar
  8. Cinta 3 segi punca pelajar dibunuh
  9. Cinta 3 segi punca pelajar dibunuh
  10. Cinta 3 segi punca pelajar dibunuh
Posted by on Jan 16th, 2012 and filed under Nasional. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response by filling following comment form or trackback to this entry from your site

1 Response for “Pelajar akui bergurau bom helikopter PM”

  1. johnL says:

    itulah..bak kata org tua pikir dl sblm bckap ataupun bertindak..pekara cam ni mana blh d buat gurauan.nama sahaja pelajar U tp langsung x bfikir..harap pihak berkuasa mengambil tindakan yg sewajarnya terhadap pelajar tersebut untuk djadikan teladan dan iktibar kepada org lain..bahawa pekara sebegini tidak boleh dpermainkan lebih2 lagi membabitkan pemimpin no1 negara..

Leave a Reply