26/07/2011 3:47pm
SHAH ALAM – Polis menahan dua suspek termasuk seorang ”mangsa” yang dipercayai terbabit dalam kes merancang penculikan palsu dengan memperdaya bapa ”mangsa” untuk membayar wang tebusan sebanyak AS$500,000 (kira-kira RM1.5 juta) pada 23 Julai lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata ”mangsa” yang juga suspek itu adalah wanita berumur 23 tahun manakala seorang lagi suspek adalah teman lelakinya warga Nigeria berumur lingkungan 20-an.
Mohd Adnan berkata, bapa wanita itu menerima panggilan daripada seorang lelaki kira-kira 3 petang 21 Julai lepas dengan mengatakan anaknya bersama teman lelakinya diculik dan hanya akan dibebaskan jika wang tebusan sebanyak itu diserahkan.
Beliau berkata, bapa wanita itu berada di Kuching, Sarawak ketika menerima panggilan mengenai penculikan itu dan terus membuat laporan polis pada hari yang sama.
“Polis menjalankan siasatan sebaik menerima laporan pada hari itu dan berjaya menahan suspek wanita itu bersama teman lelakinya di sebuah lobi hotel di Pulau Pinang pada 23 Julai lepas.
“Hasil siasatan mendapati pasangan kekasih itu menuntut di sebuah universiti swasta di negara ini. Mereka merancang penculikan palsu itu untuk meminta wang tebusan tersebut kononnya untuk perbelanjaan harian dan membiayai kos pengajian mereka,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.
Excerpt from:
Penculikan palsu, dua suspek ditahan
Artikel Berkaitan:
[...] adalah satu tanggungjawab bersama untuk diselesaikan. Malah di Pulau Pinang pun ada kes jenayah (baca sini). Di Kelantan yang banyak kes HIV/AIDS, hendak disalahkan siapa pula? Salahkan pihak yang telah [...]