24/11/2011 2:59am
SANAA 24 Nov. – Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh tiba di Riyadh pada pagi ini untuk menandatangani pelan damai Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang akan mengakhiri pemerintahan beliau selama 33 tahun itu, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jurucakap PBB, Jamal Benomar berkata, Saleh, 69, akhirnya bersetuju menandatangani perjanjian GCC setelah sekian lama menolaknya di mana beliau harus menyerahkan kuasanya kepada Naib Presiden, Abdrabuh Mansur Hadi.
“Majlis tandatangan perjanjian itu akan diadakan di kalangan lebih 20 tokoh-tokoh terkemuka pada hari ini pukul 8 malam (1 pagi Waktu Malaysia) di Istana Diraja Al-Yamama,” kata Benomar.
Pelan damai GCC serta mekanisme pelaksanaannya menetapkan Saleh melepaskan jawatan dalam tempoh 30 hari selepas menandatangani perjanjian pertukaran untuk memperolehi imuniti dari sebarang pendakwaan. – AFP
Go here to read the rest:
Presiden Yemen tandatangani pelan damai GCC
Artikel Berkaitan: