Video klip hina hudud: Noh mesti bertindak

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar  mesti bertindak kepada individu yang dikaitkan dengan video klip Sembang Rakyat yang menghina hukum hudud.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Noh tidak boleh melepaskan diri dalam isu ini kerana individu yang sama yang menguruskan blog anggota Parlimen Tanjung Karang, laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang, di samping blog Pena Noh.

“Beliau mesti menunjukkan sikap tegas membenteraskan golongan yang menghina hukum Allah.

“Bukankah sekarang Umno Selangor begitu tegas “memelihara akidah” rakyat Selangor,” kata Idris dalam kenyataannya.

Beliau mengulas kenyataan Noh Omar yang menafikan beliau terlibat dengan pembikinan video klip dalam Sembang Rakyat itu.

Baru-baru ini, Harakahdaily menyiarkan laporan satu video klip yang menunjukkan bukti-bukti kaitan antara video Sembang Rakyat dengan Noh Omar.

Email penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan video menghina hudud itu juga email yang tertera sebagai pengendali laman web rasmi Noh iaitu Pena Noh dan laman web Umno Bahagian Tanjung Karang yang diketuai Noh.

Email itu juga didapati ada kaitan dengan laman web Puteri Umno Selangor, menurut klip video yang diterbitkan oleh Malaysianews.

Harakahdaily menyiarkan berita ini 14 Disember lepas di bawah tajuk Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar? tentang isu ini.

Idris memberikan ingatan, agar Noh Omar jangan lupa pula bahawa mereka yang menghina hukum Allah boleh terbatal akidah, bukan sahaja mereka yang tukar agama sahaja.

Jika Noh Omar lupa perkara ini, beliau boleh merujuk Kitab Mastika Hadis jilid pertama keluaran Jabatan Perdana Menteri halaman 225-229, kata Idris (gambar).

Di dalam kitab tersebut menjelaskan dengan ditil perkara yang membatalkan akidah, beritahu Idris.

Bagi beliau, Noh perlu menunjukkan sikap tegas dan bertindak kepada pembuat video klip ini jika benar seperti yang dituduh.

Jika beliau tidak bertindak maka beliau redha dan restu terhadap perbuatan tersebut, katanya.

Idris memberikan ingatan azab Allah pedih dan kekal selama-lamanya bagi mereka yang terlibat.

“Janganlah kerana politik maka sanggup menghina Allah dengan tukaran dunia yang murah,” katanya lagi.

Sekarang, kata Idris, terbukti siapa yang menghina hukum Allah, sebelumnya Presiden MCA  Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang begitu lantang menghina hukum Allah, Noh Omar dan pemimpin Umno menikus tidak menegur tindakan Presiden MCA.

LAPORAN BERKAITAN

Noh nafi ada kaitan video hina Hudud

Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar?

Read this article:

Video klip hina hudud: Noh mesti bertindak


Kata Kunci:

Artikel Berkaitan:

  1. Video klip hina hudud: Noh mesti bertindak
  2. Video klip hina hudud: Noh mesti bertindak
  3. Video klip hina hudud: Noh mesti bertindak
  4. Video klip hina hudud: Noh mesti bertindak
  5. Video klip hina hudud: Noh mesti bertindak
  6. Video klip hina hudud: Noh mesti bertindak
  7. Video klip hina hudud: Noh mesti bertindak
  8. Video klip hina hudud: Noh mesti bertindak
  9. Video klip hina hudud: Pemuda PAS lapor polis
  10. Video klip hina hudud: Pemuda PAS lapor polis
Posted by on Dec 16th, 2011 and filed under Harakah. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response by filling following comment form or trackback to this entry from your site

7 Responses for “Video klip hina hudud: Noh mesti bertindak”

  1. Al-Alimi Sayed Zafwan says:

    -Heran apa pasal dari dulu tadak orang ketengahkah pasal DAP yang dalam 5 tahun dah bangunkan terlalu banyak rumah yang setiap bijik harga bejuta. Tadak Melayu yang mampu beli. Rumah yang kos sedang dan murah haram diorang nak luluskan. Balik Pulau yang dulu majoriti Melayu skrg penuh dengan rumah RM bejuta khas untuk Cina. Bukan kat Balik Pulau saja benda ni berlaku malah seluruh pelosok Penang, DAP dengan sifat anti Melayunya nak memenuhkan Cina seluruh Penang dan halau Melayu semua keluar. Yusmadi dan geng2 Melayu PKR dan PAS terang-terang sanggup tengok bangsa sendiri jahanam merempat di tanah sendiri. Tadak apa yang depa perjuangkan melainkan kita tengok hasilnya Melayu, Mami, Mamak dan India semakin hina di bumi Penang. Sure dalam projek perumahan kos tinggi ni puak2 DAP dapat panggu hadiah. Yang puak Melayu PAS PKR dapat la jugak habuan tutup mulut. 5 tahun lagi puak Guan Eng ni memerintah, sure Penang jadi macam Palestin. Ulama2 sepatutnya memfatwakan “HARAM ORANG ISLAM PENANG MENJUAL TANAH KEPADA BUKAN ISLAM”. Apa pun Nik Aziz Nik Mat amat dihormati. Harap Tuan Guru datangla ke Penang dan tengoklah sendiri apa yang Guan Eng dah buat di Tanah bertuah ni.Islam tidak tertegak dengan baik di Penang sejak sekian lama malahan bangsanya dengan penuh kehinaan menitiskan air mata menjadi pelarian di Tanah sendiri. Malu dengan cucu cicit kita kelak.

    -Waktu Guan Eng mula2 jadi menteri dulu, dia mengaku berpegang kepada “Amar makruf nahi mungkar”. Aku sendiri kagum dengan apa yang keluaq dari mulut si laknat ni masa tu. Tapi 5 tahun dia jadi KM haram 1 apa pun dia tak buat untuk menegakkan “Amar makruf nahi mungkar”. Cakap kosongnya hanya untuk menyelesakan Melayu dan PAS sebaliknya hati Guan Eng ni penuh dendam dan bencikan Melayu. Mesyuarat nak suruh Yusmadi dan JAIPP kukuhkan usaha memantau perbuatan sumbang jauh sekali. Sejak dari zaman Koh Tsu Kon pantai Seagate memang terkenal sebagai tempat bezina, pemimpin UMNO Penang masa tu pun tak dinafikan goyang kaki, makanan masuk perut (kalau-kalau dapat perintah nanti, try la ulang lagi kalau nak kena maki). [Tapi tanah Melayu depa ambik berat. Cina dah banyak tanah kat Penang, cukup2 la.] Namun, tempat berzina semakin bertambah di area Quensbay. Si badigol Guan Eng cuma pandai mempermainkan Islam dan Melayu dengan slogan “Amar makruf nahi mungkar”. Sial punya apek Guan Eng. DAP SANGAT BENCIKAN ISLAM DAN MELAYU. SIKAP PERKAUMANNYA BERBAHAYA DI PENANG. DAH TAK BOLEH SABAR DENGAN DAP, RASA MACAM NAK …………..

  2. Ginger says:

    Sebab tu la dulu Guan Eng kecoh dok cari siape yang salah guna kuase kononnya manipulate tanah di Penang. Padahal die nak guna Jabatan Ukur Pemetaan dan MPPP untuk cari tanah mane yang die boleh luluskan pembangunan perumahan mewah utk lapik perut puak DAP. Patut SPRM dah lama hidu mulut busuk Guan Eng ni. Kesian tengok Melayu Penang. Bawah Gerakan dah teruk di kawasan bandar. Bawah DAP baru 3 tahun Melayu dah pupus terus.

  3. Ah Boon says:

    Dia memang dah lama target Balik Pulau, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas. Aku pun panas hati dengan puak DAP ni dah lama. Memang perumahan kos sederhana dan rendah langsung tak pernah diluluskan sebab takut Melayu beli. Dah terlalu banyak kawasan perumahan townhouse harga mahal macam sial puak DAP ni dah luluskan. Guan Eng ni korang tengok je muka tak de jerawat sebab buat facial mahal duit rakyat agaknya tapi hati busuk dan penuh hasad dengki. Kalau dibelah dada sure penuh ulat, lalat dan kala jengking.

  4. Amaline says:

    DAP asalnya kan PAP. PAP Singapura tengah tunggu peluang adiknya si DAP berkuasa. Masa tu nanti, jangan kata Penang saja, 1 Malaysia punya tanah Melayu kena sapu. Sekarang dah ada Iskandar Malaysia yang size 3 kali negara Singapura. Seronok PAP boleh dapat lagi banyak tanah macam Iskandar Malaysia bila DAP pegang nanti.

  5. Malayuwn says:

    Orang Yahudi di Palestin masa dulu (Sebelum perang pertama Arab Israel) mulanya baik dengan orang Islam Palestin dan membeli banyak tanah Palestin daripada orang ISlam. Dengan wajah manis, mereka membeli tanah orang2 Islam sedikit demi sedikit. Lama kelamaan bila tanah orang Islam semakin berkurangan, dan orang Islam telah tersedar betapa tanah mereka berkurangan, yahudi gunakan pula kekerasan untuk merampas tanah orang Islam. Ia berlarutan sehingga sekarang. Renung-renungkan.

  6. Asalkan Pakatan says:

    Bukan setakat Balik Pulau dan Batu Uban si bangsat Guan Eng ni nak kasi tarah…… Telok Bahang, Teluk Tempoyak, Batu Maung, Bayan Lepas, Gelugoq dan Tanjong Bunga pun si celaka ni dah luluskan dan dah naik pun kawasan perumahan mewah yang sah2 Melayu tak boleh beli. Ini belum lagi kawasan prai, btrwrth dan bkt mrtajam. Inilah pemerintahan adil Guan Eng dan DAP sial Penang. Rumah kos sederhana dan kos rendah tak pernah diluluskan sepanjang anjing Guan Eng ni memerintah. Menang sorak kampung tergadai.

  7. Malay mana says:

    Orang Melayu Penang buat apa? Tarak…. satu apa pun tarak. Cuma nganga mulut tunggu Puak Kencing Rakyat kencing dalam mulut hidup2. Cayala Guan Eng, khalifah Malaysia termulia.

Leave a Reply