![]() |
|
NAJIB Tun Razak menyampaikan Anugerah Tokoh Wasatiyyah kepada Allahyarham Dr. Muhammad Abdul Rauf yang diwakili oleh balunya, Puan Sri Buthaina sambil diperhatikan oleh anaknya, Imam Feisal Abdul Rauf pada majlis perasmian Konvensyen Wasatiyyah di Putrajaya, semalam. Turut sama (dari kanan) Yusof Mohd. Noor, Jamil Khir Baharom dan Mohamed Khaled Nordin. |
PUTRAJAYA 10 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendekatan wasatiyyah (kesederhanaan) di negara ini amat perlu dititikberatkan sesuai dengan kepelbagaian agama dan budaya yang diamalkan di kalangan rakyatnya.
Menurut Perdana Menteri, konsep kesederhanaan itu bukanlah satu pilihan, sebaliknya sesuatu yang imperatif (mesti dipatuhi) yang boleh memacu rakyat mencari hasanah (kebaikan) di dunia dan akhirat (mencapai konteks al-Falah).
Katanya, hasil amalan wasatiyyah sejak berdekad-dekad lamanya juga, Malaysia berjaya muncul sebagai sebuah negara Islam demokratik serta negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.
“Kita juga telah berjaya menyanggah tanggapan stereotaip selama ini tentang kononnya sebuah negara Islam itu lazimnya tidak demokratik, bersifat autokratik dan walaupun kaya dengan sumber asli, tetapi gagal menguruskannya dengan baik serta tiada pula keadilan sosial,” katanya.
Beliau berucap merasmikan Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam di Nusantara anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pertubuhan Nadi Dialog Malaysia (Nadi), di sini hari ini.
Konvensyen itu menganugerahkan Tokoh Wasatiyyah 2011 kepada Allahyarham Tan Sri Dr. Muhammad Abd. Rauf bagi menghargai segala jasanya dalam pembangunan Islam di negara ini.
Najib berkata, wasatiyyah atau kesederhanaan berimbang yang dimaksudkan bukanlah kesederhanaan menurut tafsiran pihak luar yang cuba ‘mencanai’ umat Islam mengikut tasawur mereka.
Sebaliknya, kata beliau, wasatiyyah dalam pengertian negara adalah amalan yang diteladani daripada Rasulullah SAW serta melalui rentetan sirah, antaranya melalui mengambil konsep semangat piagam Madinah dan perjanjian Hudaibiah.
“Di arena kebangsaan dan antarabangsa, kita telah memperlihatkan bahawa kita bukan setakat beretorik dalam isu ini, malah telah mengamalkannya secara istiqamah. Di peringkat global juga, kita berbaik dengan semua negara sama ada negara Islam atau tidak, namun, atas dasar prinsip, kita tidak akan sesekali lari daripada menyatakan apa yang benar,” katanya.
Visit link:
Wasatiyyah mampu capai kebaikan dunia, akhirat
Artikel Berkaitan:
Great post. I used to be checking continuously this weblog and I’m impressed! Very useful info particularly the last section
I care for such information a lot. I used to be seeking this certain info for a very long time. Thanks and best of luck.