30/07/2011 5:17pm
MELBOURNE — Zoo Melbourne menafikan dakwaan Ketua Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia, Tan Sri Datuk Dr Yusof Basiron bahawa orang utan di situ tidak dijaga dengan baik.
Pengarah Pemuliharaan zoo berkenaan, Rachel Lowry berkata, kandang untuk haiwan itu dibina khusus dengan mempunyai pokok bagi membolehkan mamalia berkenaan hidup dalam suasana habitat asalnya.
“Seperti semua haiwan lain di Zoo Melbourne, kandang untuk orang utan di sini dibina bagi membolehkan haiwan berkenaan membuat pilihan sama ada hendak duduk di bawah teduhan atau berjemur.
“Terdapat sistem pemanasan, manakala suhu di kawasan pameran haiwan ini dikekalkan pada 20 darjah celsius dan kandang tempat mereka berteduh pada waktu malam pula mempunyai sistem pemanasan.
“Sudah menjadi tabiat mereka suka menggunakan selimut, bukan kerana kesejukan. Mereka memang suka berbaring dengan mengunakan selimut, termasuk pada musim panas,” kata Lowry. — Bernama
View original post here:
Zoo Melbourne nafi orang utan dilayan buruk
Artikel Berkaitan: